Pengumuman!!

gua menjual idea! sape mau?

lucadeketiak@yahoo.com


Wednesday, November 25, 2009

(liverfool) selagi hayat dikandung badan!

Pose terbaik untuk semua fanatik2 liverfool, dengan ucapan, barang yang lepas usah dikenang. main elok-elok ek kat uefa cup tu ek.

p/s: tq untuk sokernet untuk gambar ini.

Tuesday, November 24, 2009

(gua) mengapa kaki gua jadi mangsa?

lu penah rasa camne roda kerusi yang korang tengah duduk gelek ibu jari kaki korang?

celaka! sakit nak mampus!

(gua) gua syak gua tak normal

dah 2 ari gua demam.

dah 2 botol 100 plus botol besar gua togok.

demam masih belum nak kebah.

dan satu misteri terjadi.

bila gua kencing, urine gua kaler puteh.

dah takde urobilinogen ke dalam badan gua skang?

p/s: maaf! gua terpakai term medikal dalam entri gua ni.

Monday, November 23, 2009

(gua) nak rehat kejap na.. gua letih..

1. butik cosmicmalaysia.

2. kosmetik fix you.

3. projek pertanian.

4. 50malaysia.

5. uya!

6. kopi pidomat.

menyebabkan gua tak dapat menulis setiap ari lagi.

gua malas berfikir.

(gua) tuhan suka org sabar bukan?

malam ini gua membaca kisah hidup ramai manusia yang hebat2.

dalam tak sedar, sebenarnya, gua da jalani banyak benda yang dorang ceritakan tu.

mungkin, masa saja menanti untuk gua jadi seperti mereka.

sabarlah. nanti pasti semua akan merasa.

Sunday, November 22, 2009

(ayan) keinginan menonton bunkface yang terbantut

ini cerita semalam.

gua suke bunkface. cakap je apa lagu dia, sume gua tau. gua boleh sing-along kalo tiba2 lagu bunkface berkumandang dicorong radio decepticon gua.

oh ya! semalam gua mau menonton bunkface di bukit bintang. teruja gua mau menonton sam yang cute tu. lupa nak bagitau, gua ada poster bunkface dipintu bilik gua.

selepas sarapan pagi merangkap makan tengah ari di restoren tepi longkang taman taming jaya, gua ajak ayan pegi menonton bunkface.

"kul 2 kita gerak."

gua bagi order kat ayan. ringkas serta mudah difahami.

ayan naik ke atas, mengunci pintu. jelas kedengaran dari bawah. ayan akan kunci pintu atas 2 sebab.
satu, kerna dia mau mandi.
dua, kerna mau bikin fone sex ngan gfnya oked. bak kata ijok, "suara oked ni bleh tahan gak!"

gua berfikiran positif berprasangka ayan akan mandi. jadi gua pulang berjalan kaki ke opis untuk bersiap2. sempat abis 2-3 lagu bunkface gua alun.

gua melepak di opis. strategi gua mudah, bila ayan sampai baru gua akan mandi. tidaklah perlu gua menunggu, biar dia menunggu gua.

pung pang pung pang apa gua wat pun gua tak tau, gua sedar2 jam sudah jam 4. ayan masih belum kelihatan. "fak!" gua mencarut dalam ati.

gua amik hp canggih, gua kol ayan.

"mana lu gampang?"

kedengaran suara stim ayan dihujung talian.

"ase kamu tak kejut aku? aku tertido."

hujan mula turun di luar.

gua hanya mampu mengucapkan,

"selamat tinggal bunkface!"

(gua) kalo gua rajin, sure bleh siap punye...

kosmetik gua da nak siap. sape2 yang nak try sample bleh e-mel kat gua. nanti gua anta kat lu org punye umah.

ada 3.

1-cleanser
2-day cream
3-nite cream

produk gua diluluskan kementerian kesihatan o.k. bukan bancuh belakang umah. alah, kosmetik import dari siam pun lu orang bleh pakai, apa salahnya KITA SUPPORT ORANG KITA pulak. hahahahaha! ayat tipikal peniaga melayu.

sample tak banyak, ada 10 je. kalo nak la, kalo taknak takpe. gua pakai sendiri.

p/s: da dapat sample tu pakai, bukan wat hiasan.

p/sII: kalo lu jadi cun pakai kosmetik gua, lu berpeluangla jadi model produk tu nanti. kalo tak cun, nak wat camne, bukan sume orang dilahirkan cun. terima jelah qada n qadar.