Monday, March 14, 2011

Pasar Malam

Gua dari umur 14 tahun memang sudah turun ke pasar malam berniaga.

Dari mula-mula gua berniaga beg, sampailah kepada air.

Gua datang ke KL, dari Ipoh, semata-mata untuk berniaga pasar malam.

Pasar malam yang pertama gua datang berniaga di Kuala Lumpur ini, adalah pasar malam Jalan Ipoh. Gua sudah lupa hari apa. Gua berniaga di kepala simpang, hujung sekali, tempat orang jarang lalu lalang. Gua tak kecewa pun, sebab gua suka berniaga di pasar malam. Pernah juga ada suatu masa tu, gua berniaga di tepi tong sampah.

Gua juga pernah jadi peniaga pasar pagi. Pasar pagi Shah Alam. Hari Ahad. Tapak niaga selalu tiada, tapi gua gamble berniaga di tengah-tengah lorong yang mana bila-bila masa MBSA akan datang merampas barang jualan gua. Tapi untuk mencari wang, gua apa peduli. Andai MBSA datang gua lari. Alah, bukan susah pun nak cam MBSA ni, dia orang pakai uniform pagi-pagi. Dari jauh gua dah nampak.

Gua juga pernah berniaga di masjid-masjid ketika hari Jumaat. Gua kena datang seawal 11 pagi, semata-mata untuk chop tempat. Kalau hari gaji, gua akan berniaga di Masjid Jalan Duta. Kalau hari biasa-biasa, gua akan berniaga di Masjid Bandar Baru Bangi. Kalau DBKL tak kacau, gua akan berniaga di Masjid Kampung Bharu. Berniaga hari Jumaat ini, ikut luck, kadang dapat banyak, kadang dapat sikit.

Gua berniaga di pasar malam,pasar pagi dan di masjid-masjikd seorang diri. Gua terpaksa berniaga seorang diri sebab gua hanya naik kereta kancil, dan kereta gua tu memang senantiasa penuh, dari belakang hingga ke tempat duduk penumpang. Pernah juga gua ditahan di highway sebab barang dalam kereta gua tu penuh sangat. Sampaikan atas riba gua pun ada barang padahal gua tengah memandu. Polis tu tak saman, sebab dia tau gua susah nak cari duit.

Hari ini, gua dah tak berniaga dah. Baik di pasar malam, pasar pagi ataupun di masjid ketika hari jumaat. Sebenarnya gua amat rindu untuk kembali berniaga. Gua pun tak tau kenapa gua jadi malas sekarang. Tapi gua amat berharap, semangat gua datang kembali, dah gua boleh mula kembali berniaga di pasar malam, pasar pagi ataupun di masjid-masjid.

Gua ada impian, untuk pusing Malaysia, sambil berniaga. Ada siapa-siapa nak ikut?

8 comments:

afrohead said...

aku nak ikut. orang yang pernah berniaga je yang tahu betapa seronoknya berniaga ni bro.

aku pernah berniaga suratkhabar kat tepi jalan selama 2 tahun :)

LS said...

lu macam apa problem je bang. apa cer?

paes said...

gua follow.

meo sepul said...

Boleh la layan roti john kat pantai klebang...

nizamsani said...

murni impian tu.

Bainun Waheeda said...

patutla gemuk skrg

azmihashim said...

mmg best berniaga. aku cakap pasal tulah sumber rezeki aku skg ...:)

wintergurl said...

wow . u sangat rajin n berani la ..klu saya x berani...takut kena tangkap